Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PERTANDINGAN MENCIPTA SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti perserta untuk mencipta sampul duit raya dengan cara sendiri. Program ini juga dapat mendedahkan pengunaan Microsoft Word kepada para peserta dan mendapat ilmu dalam menggunakan Microsoft Word. ...baca selanjutnya

BENGKEL MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kempen yang sedang dijalankan oleh pihak MCMC iaitu Mobile E-Waste. Sehubungan itu, bengkel ini dapat memberi penerangan kepentingan untuk menkitar semula barang elektronik yang telah rosak sebagai contoh telefon bimbit....baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Setanjak & Keris Menggunakan Kertas Sempena Hari Pertabalan Agung

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan salah satu perhiasan lelaki zaman dahulu iaitu setanjak dan salah satu perhiasan untuk kerabat di raja pada zaman kini manakala keris adalah satu daripada alat mempertahankan diri pada zaman dahulu....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA PEMBUKAAN PI1M RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat kreativi perserta untuk mencipta kad ucapan yang menarik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat kreativi perserta dalam menyelesaikan jigsaw puzzle ini dengan pantas....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TANGLUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat 1Malaysia dalam meraikan perayaan pelbagai kaum. Disamping itu peserta dapat menimba ilmu baru dalam proses pembuatan tanglung untuk perayaan Tahun Baru Cina...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti